AKTIVITI PENGAJARAN BAGI MURID LEMAH

Mata pelajaran          :Matematik
Tahun                         : 2 Marikh(Kelas ke-3)
Masa                           : 9.30am – 10.00am
Topik                         : Isipadu cecair
Sub-topik                   : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif                      : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Bahan                         : Bikar, gelas & jag, cawan & mangkuk, air botol & air kotak
Nilai murni                 : Kerjasama

Set Induksi
Guru membawa dua gelas yang mengandungi air. Murid meneka gelas manakah yang mengandungi lebih banyak air.

Langkah Pengajaran
1.      Guru menyediakan 2 bikar yang mengandungi isipadu yang berbeza dan murid menyatakan samaada ia penuh atau separuh dan bikar mana yang mempunyai lebih atau kurang isipadunya.
2.      Guru menerangkan bagaimana membuat perbandingan secara terus dengan meletakkan 2 bikar berkenaan berdekatan dengan satu sama lain.
3.      Guru membuat demonstrasi bagaimana membuat perbandingan isi padu bekas yang berbeza rupa bentuk dengan menjadi bikar sebagai bekas penyukat. Aktiviti di bawah dijalankan untuk mendapatkan kepastian.
(i)                 Perbandingan bekas air kotak dengan  bekas air botol mineral
(ii)               Perbandingan jag air  dengan bekas air
(iii)             Perbandingan satu cawan berbanding mangkuk


Penutup

Guru merumuskan bahawa saiz bekas mempengaruhi nilai isipadunya. Lembaran kerja diberi dan murid menjawab soalan dengan mewarnakan jawapan yang mengandungi isipadu yang penuh, separuh, lebih banyak, lebih sikit, sama isipadunya dan lain-lain