ABSTRAK

Pengukuran isi padu cecair pada murid tahun 2 melibatkan pembentukan konsep isi padu secara perbandingan berdasarkan pemerhatian seterusnya ke arah yang lebih tepat menggunakan alat pengukuran. Sering kali berlaku kesilapan ketika pemerhatian di mana murid membuat tanggapan bahawa bekas yang tinggi mempunyai isi padu yang lebih banyak.
                       
Gambar 1
Merujuk kepada gambar 1 di atas, murid secara umum akan mengatakan bahawa air di dalam botol mengandungi isi padu yang lebih banyak berbanding dengan air di dalam bekas a dan bekas b. Ini sering kali terjadi kerana murid membuat kesimpulan bahawa bekas yang tinggi akan mengandungi air (isi padu) yang lebih banyak berbanding bekas yang rendah atau leper.
            Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran yang lebih konkrit perlu diterapkan kepada murid-murid bagi menjelaskan maksud ini supaya pembentukan konsep yang lebih kukuh diterapkan di dalam minda murid-murid. Namun begitu, penyediaan BBM dan aktiviti perlu mengikut tahap kemampuan minda murid-murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan sukatan pelajaran akan terlaksana.