AKTIVITI PENGAJARAN BAGI MURID CERDAS

Matapelajaran           : Matematik
Tahun                         : 2 Mustari (Kelas pertama)
Masa                           : 10.30am – 11.30am
Topik                          : Isipadu cecair
Sub-topik                   : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif                      : Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair
menggunakan pengukuran bukan piawai
Bahan                         : Gelas berbeza saiz, Jag Air, Tin, Botol Mineral dan Mangkuk
Nilai murni                 : Berhati-hati
Set Induksi
Guru bertanya kepada murid beberapa soalan berkenaan dengan kehidupan seharian berkaitan isipadu cecair.
Contoh :
Guru menunjukkan 2 bekas jag air yang berbeza bentuk
“Adakah jag ini berisi penuh air?”
“Jag manakah yang mempunyai lebih banyak air?”
Langkah Pengajaran
1.      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.      Guru mengagihkan 4 set alat yang berbeza iaitu jag air, tin, botol mineral dan mangkuk kepada setiap murid mengikut kumpulan masing-masing dan satu gelas pengukur yang berbeza saiz.
3.      Guru meminta murid mengisi satu gelas air ke dalam setiap bekas dan membuat perbandingan diantaranya.
4.      Setiap kumpulan akan mula merekod jumlah bilangan gelas air yang di isi ke dalam setiap bekas sehingga penuh dan menerangkan kepada rakan kumpulan lain hasilan daripada dapatan yang diperolehi.


Bil
Bekas
Bilangan Gelas
1.
Jag air
6
2.
Tin
4
3.
Botol Mineral
3
4.
Mangkuk
8
Dapatan Kumpulan 1
Bil
Bekas
Bilangan Gelas
1.
Jag air
7
2.
Tin
4
3.
Botol Mineral
4
4.
Mangkuk
9
Dapatan Kumpulan 2
Penutup
Guru membuat perbandingan dapatan kumpulan 1 dan kumpulan 2. Guru mencetus minda murid mengapa jumlah bilangan gelas berbeza sedangkan bekas-bekas yang digunakan adalah sama. Guru menjelaskan pentingnya satu pengukuran yang standard bagi mengelakkan perkara seperti didalam ujikaji. Guru memperkenalkan pengukuruan standard liter kepada murid-murid.