PENGENALAN DAN METADOLOGI

Pengukuran isi padu cecair murid Tahun 2 melibatkan 3 fokus utama iaitu:
a.       Memahami dan menggunakan istilah berkaitan dengan isi padu seperti
“penuh(full)” “separuh penuh(half full)” dan “kosong(empty)”
b.      Mengukur dan membandingkan isi padu secara perbandingan menggunakan pengukuran tidak standard.
c.       Mengukur isi padu cecair menggunakan pengukuran standard.

Bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah merancang aktiviti secara yang lebih berkesan. Penggunaan bahan-bahan maujud serta bahan-bahan yang selalu digunakan oleh murid-murid akan meningkatkan lagi pemahaman mereka. Aktiviti juga perlulah dijalankan secara lebih menyeluruh melibatkan semua murid

Secara umumnya metodologi dan kaedah pencarian bahan dan maklumat adalah secara pencarian video berkenaan kaedah penerangan konsep isi padu di internet dan penyediaan bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti untuk murid cerdas dan murid lemah. Selain itu juga, penyediaan blog khusus untuk topik isi padu cecair tahun 2 disediakan untuk memaparkan video berkenaan pengukuran isi padu cecair dan juga aktiviti pemahaman konsep isi padu mengikut Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2, Kementerian Pelajaran Malaysia.

            Tujuan utama tugasan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat kaedah-kaedah dan aktiviti bagi mengukuhkan pengajaran konsep isi padu cecair untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid tahun 2. Selain itu juga, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk murid lemah dan cerdas disediakan bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.