KESIMPULAN


Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR perlu lebih kepada berpusatkan murid. Aktiviti yang melibatkan murid sangat terhad. Murid-murid lebih banyak menghafaz rumus, ‘petua’ dan ‘hukum-hukum’. Cara ini akan melahirkan murid yang hanya pandai mengira serta tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik.

Aktiviti “hand on” yang dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid kreatif dan kritis. Selain itu, kaedah pengajaran yang pelbagai akan menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru juga harus menentukan kaedah dan strategi yang akan digunakan dengan:
a)      Menentukan aktiviti yang sesuai dengan tajuk, masa dan kebolehan murid
b)      Menentukan aktiviti yang dapat menimbulkan minat murid
c)      Merancang aktiviti untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid supaya dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan

Pengajaran topik isi padu cecair akan menjadi lebih mudah apabila murid dapat membentuk konsep yang tepat dan jelas secara perbandingan yang empirikal di mana sesuatu dapatan dapat disahkan tepat dengan segala aktiviti yang dijalankan. Selain menarik minat untuk mereka belajar, pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka.